Bulan Bahasa

Identiti Kreatif Bulan Bahasa 2021

Bulan Bahasa pertama kali dilancarkan pada tahun 1988 oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna bahasa Melayu ialah pewaris bahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu dilestarikan menerusi penggunaan yang berterusan.

Sejak 2011, Bulan Bahasa telah menjadi acara tahunan. Pelbagai kegiatan Bulan Bahasa telah dianjurkan untuk menggalakkan dan memberikan keyakinan dalam penguasaan bahasa Melayu.

Rujuk di sini untuk mendengar lagu Bulan Bahasa, Bahasa Menjunjung Budaya. Lagu Bulan Bahasa juga boleh didapati di platform penstriman lain. 

Tahun ini, Bulan Bahasa akan berlangsung dari 13 Ogos hingga 9 Oktober 2022. Terdapat pelbagai program disajikan buat anda sekeluarga! Harap maklum bahawa program-program berikut tertakluk pada perubahan. Maklumat lanjut boleh didapati di Instagram kami @bulanbahasa. 

 

Program Bulan Bahasa 2022

 

Terima kasih kepada semua yang hadiri Sesi Taklimat Rakan Kerjasama 2022!

Maklumat lanjut mengenai sokongan dana yang tersedia boleh dimuat turun di pautan ini.

Borang bagi pemohonan dana MBMS boleh didapati di sini.

Sila kirimkan borang pemohonan dana MBMS kepada NHB_MalayLanguageCouncil@nhb.gov.sg.

 

Pencalonan Rakan Bahasa 2022

Harap maklum bahawa tempoh pencalonan Rakan Bahasa 2021 telah ditutup. 

 

'Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.'

Tema Bulan Bahasa, ‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.’  menggambarkan langkah kita mengharungi era baharu; berkembang daripada tema ‘Ilmu. Budaya. Mesra.’ sebelum ini.

 

‘Cita’ menggambarkan keinginan, hasrat dan harapan masyarakat dalam usaha untuk mengekalkan penggunaan bahasa Melayu ‘Citra’ memaparkan kepelbagaian dan kesesuaian bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perantaraan. ‘Cinta’ pula menunjukkan minat dan sayang akan nilai dan seninya  bahasa Melayu yang indah.

Saksikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2021 di meWATCH sini. Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2021 disiarkan pada 4 September 2021, 8:30 malam, di Mediacorp Suria. Rakan kerjasama kami seperti Elements Pictures dan Tampines West CC MAEC, Rakan Bahasa dan Duta Bahasa termasuk Ramli Sarip, Hyrul Anuar, Marina Yusoff, turut serta. 


Bulan Bahasa 2020


Bulan Bahasa 2019

BB2018 Appointment of Duta Bahasa
Bulan Bahasa 2018

Bulan Bahasa 2017
Bulan Bahasa 2017 

Bulan
Bulan Bahasa 2016

 Bulan Bahasa 2015 (1)
Bulan Bahasa 2015

Bulan Bahasa 2015 (2)
Bulan Bahasa 2015