Rakan Bahasa

Sempena sambutan tahunan Bulan Bahasa, para pelajar dilantik sebagai Rakan Bahasa oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) demi mendorong mereka yang cinta akan bahasa dan budaya Melayu untuk memupuk rasa cinta yang sama dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan mereka. Peranan mereka adalah untuk berkongsi keindahan bahasa Melayu dan melestarikan bahasa kita.

Sepanjang tahun, setiap Rakan Bahasa akan diberikan peluang untuk menyertai pelbagai acara dan program yang akan mengasah kebolehan dan kemahiran mereka. Program-program ini termasuklah Kad Aktiviti Kembara Rakan Bahasa, Pertandingan NewsMaker, Penterjemah Pintar, dan lain-lain lagi.

MBMS dan ahli Jawatankuasa Bulan Bahasa akan terus berusaha untuk membina keyakinan dan kemampuan bertutur dalam bahasa Melayu bagi semua Rakan Bahasa.

 

Lencana & Visi Rakan Bahasa


BUDAYA DIWARISI,
BAHASA DILESTARI,
IDENTITI SEJATI

Setiap Rakan Bahasa digalak untuk mencerminkan identiti Melayu mereka melalui penghayatan budaya dan penggunaan bahasa Melayu.

Kriteria:

  • Bersemangat terhadap bahasa dan budaya Melayu
  • Boleh menjadi teladan kepada rakan-rakan
  • Dapat memperkaya kehidupan orang lain melalui ekspresi kreatif dan penggunaan bahasa Melayu

 

Inisiatif Rakan Bahasa

Majlis Pelantikan Rakan Bahasa

Majlis Pelantikan Rakan Bahasa merupakan permulaan kalendar tahunan Rakan Bahasa.

Setiap Rakan Bahasa akan diberikan sijil pelantikan dan perlu mendaftar untuk menyertai program-program yang bakal dianjurkan pada tahun itu. Program-program seperti Pertandingan NewsMaker, Penterjemah Pintar dan Kembara Rakan Bahasa akan diumumkan semasa majlis tersebut.

Rakan Bahasa yang dilantik juga berpeluang untuk menerima bimbingan daripada Duta-duta Bahasa dalam sesi khas.

Pada tahun 2021, Majlis Pelantikan Rakan Bahasa telah dianjurkan secara maya. 


Majlis Pelantikan Rakan Bahasa 2021

 


Kad Aktiviti Kembara Rakan Bahasa

Kad Aktiviti Kembara Rakan Bahasa mengandungi pelbagai misi untuk diselesaikan oleh Rakan Bahasa sepanjang pelantikan mereka. Aktiviti Kembara Rakan Bahasa akan menggalakkan penggunaan dan penghayatan bahasa Melayu melalui aktiviti membaca, menulis dan penterjemahan.

Setiap Rakan Bahasa yang berjaya melengkapkan kesemua aktiviti Kembara Rakan Bahasa akan menerima sijil dan lencana Kembara

 


Sekolah Rendah

 


Sekolah Menengah

 


Institusi Pengajian Tinggi

 


Pertandingan NewsMaker

NewsMaker yang dihasilkan oleh Teevers ialah aplikasi yang sesuai digunakan di iPad. Rakan Bahasa boleh menghasilkan video laporan melalui aplikasi ini. Dengan sokongan Teevers, setiap Rakan Bahasa akan diberikan akaun peribadi aplikasi NewsMaker. Mereka boleh menggunakan akaun tesebut untuk menghasilkan video laporan dan berkongsi video tersebut bersama rakan-rakan mereka di sekolah.

Pertandingan NewsMaker merupakan sebuah pertandingan video laporan dan kewartawanan. Pada setiap tahun, Rakan Bahasa akan menghasilkan sebuah video laporan berdasarkan tema yang diberikan. Penghasilan video NewsMaker akan dinilai berdasarkan kandungan, kreativiti dan penggunaan bahasa Melayu.

Tema untuk Pertandingan NewsMaker 2021 ialah Lagenda dan Dongeng Melayu. Tonton video-video yang berjaya di sini!

Saksikan pengumuman pemenang Pertandingan NewsMaker 2021 yang disampaikan oleh Puan Rahayu Mahzam, Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2021.

Terima kasih kepada pihak Teevers, NewsMaker dan The Malayan Council atas sokongan yang diberikan buat Pertandingan NewsMaker 2021.

 


Penterjemah Pintar

Penterjemah Pintar ialah sebuah pertandingan penterjemahan yang dianjurkan oleh guru-guru Bahasa Melayu untuk Rakan Bahasa peringkat sekolah rendah. Penterjemah Pintar dianjurkan buat pertama kali pada tahun 2019 dan berlangsung secara maya pada tahun 2020.


Penterjemah Pintar 2020

 


Penterjemah Pintar 2019