Pertandingan-pertandingan Mastera

Sayembara Penulisan Kreatif Mastera

Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) menganjurkan Sayembara Penulisan Kreatif Mastera buat julung kalinya pada tahun 2020. Sayembara ini bermatlamat untuk mengembangkan bakat dan karya kreatif dalam kalangan masyarakat, memartabatkan sastera, bahasa dan budaya serantau, dan memperbanyakkan penerbitan bahan sastrera bermutu dalam bahasa Melayu/Indonesia.

Peraduan ini dibuka kepada warganegara Singapura berumur 40 tahun ke bawah. Sayembara ini dibahagikan kepada dua kategori seperti berikut:

 

Kategori

Kriteria penyertaan

Cerpen

  1. Karya perlu bertaip bersih pada sebelah muka surat kertas A4 dengan jarak langkau dua baris dan menggunakan saiz 12 poin jenis fon Arial.
  2. Panjang karya adalah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan.

Puisi

  1. Karya perlu bertaip bersih pada sebelah muka surat kertas A4 dengan jarak langkau dua baris dan menggunakan saiz 12 poin jenis fon Arial.
  2. Panjang karya adalah antara 20 hingga 35 baris.

 

Para penulis yang ingin menghantar karya-karya mereka untuk dinilai bagi Sayembera Penulisan Kreatif Mastera boleh menghantar karya mereka, berserta borang penyertaan, selewat-lewatnya pada 1 April 2020 (Rabu), 5 petang.

Borang penyertaan untuk sayembara ini terdapat di sini.

Syarat-syarat penyertaan untuk sayembara ini terdapat dalam Lampiran A.

 

Hadiah Terjemahan Mastera

Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) akan menganjurkan Hadiah Terjemahan Mastera buat julung-julung kalinya pada tahun 2019. Peraduan penterjemahan ini merupakan usaha untuk mengetengahkan dan mengiktiraf karya-karya terjemahan, serta menggalakkan kegiatan penterjemahan sastera Melayu/Indonesia ke Bahasa Inggeris.  Peraduan ini dibuka kepada warganegara Singapura.

Matlamat peraduan ini adalah untuk mengembangkan karya-karya berbahasa Melayu/Indonesia ke peringkat antarabangsa. Ia akan sekaligus memberikan peluang kepada para sasterawan untuk memajukan bakat, penterjemahan, pengadaptasian, penerbitan, dan pengiktirafan terhadap pencapaian mutu ciptaan sastera. Hadiah Terjemahan Mastera juga bertujuan untuk mengenalpasti dan membangunkan bakat dalam bidang penterjemahan karya-karya sastera Asia Tenggara (yang berbahasa Melayu).

Hadiah akan diberikan kepada karya yang diterjemahkan daripada karya asal (Bahasa Melayu/Indonesia) ke bahasa Inggeris. Berikut adalah genre yang diterima oleh Mastera Singapura (bergantung pada tahun penilaian):

 

Kategori Genre

Kriteria penyertaan

Puisi

Setiap penyertaan mesti mengadungi terjemahan lima buah sajak yang telah ditetapkan.

Cerpen

Setiap penyertaan mesti mengandungi terjemahan satu cerpen (maksimum 5000 perkataan) yang telah ditetapkan.

Bagi tahun 2019, Mastera Singapura akan menerima terjemahan dalam genre puisi (sajak).

Lima sajak yang terpilih dari Singapura untuk diterjemahkan tahun ini ialah:

 

Tajuk

Penulis

Sebuah perahu, sebuah pulau

Rasiah Halil

Balada Bukit Botak

Farihan Bahron

Burung-burung Kota Bijaksana

Hartinah Ahmad

Kita Katakan Kota Kita

Masuri S.N.

Kota yang Berjaga

Noor S.I.

Sajak-sajak penuh terdapat dalam Lampiran B.

Para penulis yang ingin menghantar karya-karya terjemahan mereka untuk dinilai bagi Hadiah Terjemahan Mastera boleh menghantar karya mereka selewat-lewatnya pada 31 Mei 2019 (Jumaat), 5 petang. Syarat-syarat penyertaan untuk sayembara ini terdapat dalam Lampiran A.

Borang Penyertaan boleh dimuat turun di sini

Pertandingan ini sudah berakhir.