Identiti Kreatif Bulan Bahasa 2025
Bulan Bahasa pertama kali dilancarkan pada tahun 1988 oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna bahasa Melayu ialah pewaris bahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu dilestarikan menerusi penggunaan yang berterusan.
Sejak 2011, Bulan Bahasa telah menjadi acara tahunan. Pelbagai kegiatan Bulan Bahasa telah dianjurkan untuk menggalakkan dan memberikan keyakinan dalam penguasaan bahasa Melayu.
Rujuk di sini untuk mendengar lagu Bulan Bahasa, Bahasa Menjunjung Budaya versi 2018. Rujuk di sini untuk mendengar lagu versi 2021 dan di sini untuk memuat turun lagu ini.
Program Bulan Bahasa 2026
Bulan Bahasa 2026 akan diadakan dari 14 Ogos hingga 11 Oktober 2026. Kepada anda yang ingin memohon dana MBMS untuk program Bulan Bahasa, sila sebelum 27 Mac 2026. Anda yang berminat juga boleh memohon sokongan dana daripada salah satu badan-badan sokongan dana Bulan Bahasa.
| No. |
Badan Sokongan Dana |
Borang Permohonan Dana |
Tarikh Tutup |
| 1 |
Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC)
|
|
27 Mac 2026 |
| 2 |
Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB) |
|
27 Mac 2026 |



'Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.'
Tema Bulan Bahasa, ‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.’ menggambarkan langkah kita mengharungi era baharu; berkembang daripada tema ‘Ilmu. Budaya. Mesra.’ sebelum ini.
‘Cita’ menggambarkan keinginan, hasrat dan harapan masyarakat dalam usaha untuk mengekalkan penggunaan bahasa Melayu. ‘Citra’ memaparkan kepelbagaian dan kesesuaian bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perantaraan. ‘Cinta’ pula menunjukkan minat dan sayang akan nilai dan seninya bahasa Melayu yang indah.
Saksikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2024 di meWATCH sini. Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2024 telah disiarkan pada 7 September 2024, 8:30 malam, di Mediacorp Suria. Berkisarkan tema 'Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.', majlis itu telah menyerlahkan kekayaan bahasa dan budaya Melayu dengan penampilan Rakan Kerjasama, Rakan Bahasa dan Duta Bahasa Dr Fadzil Hamzah.

Bulan Bahasa 2024

Bulan Bahasa 2023

Bulan Bahasa 2022

Bulan Bahasa 2021

Bulan Bahasa 2020

Bulan Bahasa 2019
Bulan Bahasa 2018

Bulan Bahasa 2017

Bulan Bahasa 2016

Bulan Bahasa 2015

Bulan Bahasa 2015