Garis Masa Bulan Bahasa

1962

Bulan Bahasa Kebangsaan dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Kebudayaan Singapura (DBKS).


1982

Bulan Bahasa dianjurkan oleh Majlis Pusat.


1988

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Mantan Menteri Negara Sidek Saniff


Tema:

Bahasa Menjunjung Budaya


Logo:

  


Bulan bahasa dianjurkan setiap dua tahun sekali oleh Jawantankuasa Bahasa Melayu Singapura (JBMS), dengan kerjasama Majlis Pusat, Persatuan Wartawan Melayu dan 12 badan-badan bahasa dan budaya yang lain.

 

Lagu tema ‘Bahasa Menjunjung Budaya’ dicipta oleh Cikgu Abdolah Lamat dengan lirik oleh Dr Muhammad Ariff Ahmad.

 

Logo Bulan Bahasa dicipta:

  • Enam kelopak bunga dalam logo tersebut melambangkan ‘Bangsa’, ‘Bahasa’, ‘Budaya’, ‘Sastera’, ‘Ilmu’ dan ‘Perhubungan’
  • Pena melambangkan alat perhubungan
  • Warna biru melambangkan aspirasi supaya  penggunaan bahasa menjadi seluas laut


1990

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Mantan Menteri Negara Sidek Saniff


Tema:

Bahasa Menjunjung Budaya


Dianjurkan seiring dengan Bulan Budaya Melayu yang dipengerusikan oleh Mejar Ibrahim Bulat.

 

Salah satu daripada aktiviti yang dianjurkan ialah kem bahasa yang disertai 300 orang pelajar sekolah rendah.


1992

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Mantan Menteri Negara Sidek Saniff


Tema:

Bahasa Menjunjung Budaya


JBMS dinaik taraf kepada Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS).

 

Persatuan Rakyat (People’s Association, PA) dijemput sebagai ahli Jawatankuasa Bulan Bahasa dalam usaha membakukan bahasa Melayu di Singapura.

 

1993

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Encik Mohamad Maidin Packer Mohd


Tema:

Gunakan Bahasa Baku


Sebutan Baku dilaksanakan di sekolah rendah.

 

Program, seperti Seminar Sebutan Baku, dianjurkan selaras dengan dasar Sebutan Baku.


1994

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Encik Mohamad Maidin Packer Mohd
 

Tema:

Jiwai Bahasa Baku


Program dan aktiviti diperkembang ke peringkat akar umbi.

 

Sebutan Baku dilaksanakan di sekolah menengah dan maktab rendah.


1996

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Encik Mohamad Maidin Packer Mohd
 

Tema:

Jiwai Bahasa Baku


Program, seperti Malam Baca Puisi telah dianjurkan untuk memasyarakatkan puisi Melayu.


1998

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Encik Mohamad Maidin Packer Mohd
 

Tema:

Kecemerlangan Masyarakat Melayu Melalui Bahasa Melayu ke Alaf Baru


Terdapat 40 pertubuhan dan 12 Pusat Masyarakat yang telah bekerjasama dengan MBMS dan Jawatankuasa Bulan Bahasa untuk Bulan Bahasa.

 

Acara Bulan Bahasa merangkumi persidangan bahasa antarabangsa melibatkan pembentangan lebih daripada 40 kertas kajian dan Sayembara Drama, yang menggalakkan minat terhadap teater dalam kalangan pelajar-pelajar.


1999

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Mantan Setiausaha Parlimen Kanan Yatiman Yusof 


Tema:

Memasyarakatkan dan Menghayati Sastera Kita 


25 pertubuhan telah terlibat dalam Bulan Bahasa.

 

Bulan Bahasa dianjurkan bersama Anugerah Persuratan untuk pertama kali.


2000

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Encik Harun Ghani


Theme:

Memasyarakatkan Bahasa Melayu


Bulan Bahasa 2000 melambangkan hasrat masyarakat Melayu melangkah masuk ke abad ke-21 selari dengan usaha melestarikan budaya Melayu dan mengembangkan bahasa Melayu.

 

Bulan Bahasa 2000 menggunakkan teknologi dan Internet untuk meningkatkan pelibatan masyarakat Melayu.


2002

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Mantan Setiausaha Parlimen KananHawazi Daipi


Tema:

Keindahan Bahasa Melayu


Terdapat usaha untuk menarik dan menggalakkan penyertaan warga Singapura berlainan bangsa dalam sambutan Bulan Bahasa 2002.

 

Salah satu daripada acara yang menarik perhatian orang ramai ialah pertandingan penterjemahan untuk pelajar-pelajar.


2004

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Mantan Setiausaha Parlimen Kanan Hawazi Daipi

 

Tema:

Keterampilan Bahasa Melayu


Lebih banyak program yang disasarkan untuk golongan kanak-kanak dan belia. Institusi-institusi pengajian tinggi telah bekerjasama untuk menganjurkan program seperti Kembara Ilmu oleh Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS).

 

2006

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Mantan Setiausaha Parlimen Kanan Hawazi Daipi 
 

Tema:

Dinamiknya Bahasaku


Tema Bulan Bahasa tertumpu pada kedinamikan bahasa Melayu yang boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor dan sebagai alat komunikasi yang berkesan. 27 pertubuhan, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan institusi yang terlibat dalam Bulan Bahasa.


2008

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Mantan Setiausaha Parlimen Kanan Hawazi Daipi 
 

Tema:

Sempurnakan Bahasa. Gunakan Sentiasa.


Bulan Bahasa 2008 memberikan fokus kepada penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang untuk mencipta sesuatu yang kreatif dalam bidang seni.

 

Pertunjukan fesyen diadakan di Taman Warisan Melayu untuk menampilkan pakaian tradisional Melayu.

 

2010

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Mantan Setiausaha Parlimen Kanan Hawazi Daipi 
 

Tema:

Bahasa Kita, Gunakanlah


Duta Bahasa:

Rahayu Mahzam, Taufik Batisah, Asmah Laili, Suhaimi Salleh, Zaza Majid, Dyn Norahim, Hisham Hashim dan Riz Sunawan


Inisiatif Duta Bahasa telah diperkenalkan. Duta Bahasa yang dilantik datang daripada pelbagai latar belakang untuk mendorong kecintaan terhadap bahasa Melayu dalam masyarakat Melayu.

 

Bulan Bahasa dijadikan sambutan tahunan sejak 2010.


2011

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Mantan Setiausaha Parlimen Kanan Hawazi Daipi 

 

Tema:

Warisan Masa Depan


Duta Bahasa:

Khairuddin Saharom, Noshin Putri Adel dan Dr Jazlan Joosoph


Dengan fokus terhadap pendidikan awal kanak-kanak, bengkel-bengkel untuk guru-guru pendidikan awal. 25 buah rakaman lagu kanak-kanak dalam bahasa Melayu dimuat naik di laman web MBMS, seperti ‘Tanya Sama Pokok’ dan ‘Burung Kakatua’.

 

Acara Anugerah Persuratan telah dianjurkan di samping Bulan Bahasa.


2012

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Menteri Negara Zaqy Mohamad


Tema:

Kukuhnya Nilai, Eloklah Budi Bahasa Kita


Duta Bahasa:

Daud Yusof, Imran Ajmain dan Munirah Jaafar


Bulan Bahasa menumpukan fokus kepada peranan bahasa Melayu sebagai jambatan kepada nilai-nilai budaya. Terdapat 65 pertubuhan yang terlibat dalam Bulan Bahasa 2012.

 

Sebuah video khas “Saya Menggunakannya” dihasilkan sempena sambutan ini.


2013

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Menteri Negara Zaqy Mohamad


Tema:

Ilmu, Budaya, Mesra

 

Duta Bahasa:

Aidli Alin Mosbit, Nurul Aini, Shahril Ishak dan Zahidah Fadil


Logo:


Bulan Bahasa 2013 dianjurkan dari 7 September hingga 15 Oktober. Tema baharu, Ilmu, Budaya, Mesra diperkenalkan dalam usaha untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. Tema ini mengajak masyarakat untuk mempraktikkan bahasa ibunda sebagai bahasa untuk menimba pengetahuan dan Ilmu, sebagai bahasa untuk mengenali dan melestarikan Budaya, dan bahasa untuk merapatkan ukhuwah dan hubungan keluarga dan masyarakat supaya kekal Mesra.

 

Logo Bulan Bahasa pada tahun itu juga diperbaharui.


2014

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Menteri Negara Zaqy Mohamad


Tema:

Ilmu, Budaya, Mesra


Duta Bahasa:

Asnida Daud, Dr Elly Sabrina dan Zaibaktian


Identiti Kreatif:

 

Bulan Bahasa 2014 dianjurkan untuk hampir dua Bulan, dari 16 Ogos hingga 30 September. Sekurang-kurangnya 65 pertubuhan telah terlibat dalam pesta ini. Acara Semarak di kawasan Kejiranan telah dianjurkan buat pertama kali di Jurong dan Tampines.

 

Inisiatif Rakan Bahasa diperkenalkan untuk memupuk minat dan cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Ia juga merupakan satu usaha untuk menggalakkan pelajar menyebarkan rasa cinta terhadap bahasa ibunda bersama masyarakat. Sebanyak 74 orang pelajar telah dilantik sebagai Rakan Bahasa.


2015

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Menteri Negara Zaqy Mohamad


Tema:

Ilmu, Budaya, Mesra


Duta Bahasa:

Chempaka Aizim, Datuk Ramli Sarip, Fiza O dan Hairianto Diman


Identiti Kreatif:


Bulan Bahasa 2015 dianjurkan dari 28 Ogos hingga 17 Oktober. Bulan Bahasa disambut seiring dengan sambutan SG50.

 

93 orang pelajar dilantik sebagai Rakan Bahasa.

 

Terdapat 50 kegiatan kerjasama bersama pertubuhan-pertubuhan masyarakat pada tahun 2015.


2016

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Puan Rahayu Mahzam


Tema:

Ilmu, Budaya, Mesra


Duta Bahasa:

Siti Khalijah, Megat Firdaus dan Ustazah Nurul ‘Izzah


Identiti Kreatif:

 

Bulan Bahasa 2016 dianjurkan dari 15 Ogos hingga 15 Oktober.

 

Identiti kreatif baharu diperkenalkan pada tahun tersebut. Identiti kreatif tersebut merangkumi elemen-elemen sulaman tekat yang halus dan melambangkan Bahasa Budaya. Elemen ini mengetengahkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang menyatukan masyarakat kita.

 

118 orang pelajar dilantik sebagai Rakan Bahasa.

 

Terdapat 51 kegiatan kerjasama bersama pertubuhan-pertubuhan masyarakat pada tahun 2016.


2017

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Puan Rahayu Mahzam


Tema:

Ilmu, Budaya, Mesra


Duta Bahasa:

Jumaini Ariff, Ustaz Zahid Zin dan Dzar Ismail


Identiti Kreatif:


Bulan Bahasa 2017 dianjurkan dari 15 Ogos hingga 15 Oktober.

 

Identiti kreatif 2017 menampilkan jenis penulisan asli yang diinspirasikan oleh seni tenunan dan warna-warna batik.

 

161 orang pelajar dilantik sebagai Rakan Bahasa.

 

Terdapat 52 kegiatan kerjasama bersama pertubuhan-pertubuhan masyarakat pada tahun 2017.


2018

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Puan Rahayu Mahzam


Tema:

Ilmu, Budaya, Mesra


Duta Bahasa:

Farhana M Noor, Bakti Khair dan Shahrizal Salleh (Chef Bob)


Identiti Kreatif:


Bulan Bahasa 2018 dianjurkan dari 18 Ogos hingga 14 Oktober.

 

MBMS menyambut 30 sejak Bulan Bahasa pertama kali dianjurkan pada tahun 1988. Sebuah video khas dihasilkan sempena sambutan ini.

 

298 orang pelajar dilantik sebagai Rakan Bahasa.

 

Dua buah inisiatif baharu telah diperkenalkan untuk Rakan Bahasa:

Pertandingan NewsMaker, dianjurkan bersama TeeVers; dan Kad Aktiviti Kembara Rakan Bahasa .

 

Terdapat 63 kegiatan kerjasama bersama pertubuhan-pertubuhan masyarakat pada tahun 2018.

 

2019

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:

Puan Rahayu Mahzam


Tema:

Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.


Duta Bahasa:

Aqmal Noor, Nabillah Jalal dan Zhulkarnain Abdul Rahim


Identiti Kreatif:


Bulan Bahasa dianjurkan dari 17 Ogos hingga 13 Oktober.

 

Tema baharu Bulan Bahasa, ‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.’ diperkenalkan.

 

Tema ini menggambarkan langkah kita mengharungi era baharu; berkembang daripada tema ‘Ilmu. Budaya. Mesra.’.

  • ‘Cita’ menggambarkan keinginan, hasrat dan harapan masyarakat dalam usaha untuk mengekalkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perantaraan.
  • ‘Citra’ memaparkan kepelbagaian dan kesesuaian bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perantaraan.
  • ‘Cinta’ pula memaparkan minat masyarakat untuk menyayangi nilai dan seni bahasa Melayu yang indah.

 

302 orang pelajar dilantik sebagai Rakan Bahasa.

 

Pertandingan Penterjemah Pintar diperkenalkan untuk Rakan Bahasa sekolah rendah.

 

 

2020

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:
Puan Rahayu Mahzam
 
Tema:
Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.
 
Duta Bahasa:
Dr Nur Farhan Alami, Dr Norshahril Saat, Sujimy Mohamad
 
Identiti Kreatif:
 

Bulan Bahasa 2020 dianjurkan dari 15 Ogos hingga 10 Oktober.
 
Buat julung-julung kalinya, Majlis Pelancaran Bulan Bahasa disiarkan pada 5 September di  saluran Mediacorp Suria. Majlis Pelancaran Bulan Bahasa mendapat sokongan 73741 penonton.
 
Meskipun berhadapan dengan pandemik Covid-19. program-program digital yang disajikan oleh rakan kerjasama Bulan Bahasa menonjolkan bahasa Melayu yang versatil. 
Terdapat 62 kegiatan kerjasama bersama pertubuhan-pertubuhan masyarakat pada tahun 2020.. 315 pelajar dilantik sebagai Rakan Bahasa, yang juga merupakan jumlah tertinggi yang tercatat.
 

2021

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:
Puan Rahayu Mahzam
 
Tema:
Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.
 
Duta Bahasa:
Dr Noramin Farid, Hyrul Anuar, Marina Yusoff
 
Identiti Kreatif:


 
Bulan Bahasa 2021 telah berlangsung dari 14 Ogos hingga 10 Oktober.
 
Selain 5 ikon Identiti Kreatif (palari, kancil, singa, roket dan gitar), tahun ini ikon pena telah disertakan sebagai ikon keenam.  Tambahan ini menekankan kepentingan sastera dalam mempromosikan bahasa dan juga demi membina masyarakat yang membaca. 
 
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa telah disiarkan di saluran Suria pada 4 September 2021, 8.30 malam. 
 
Tahun ini, 311 pelajar dilantik sebagai Rakan Bahasa.

 

2022

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:
Puan Rahayu Mahzam
 
Tema:
Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.
 
Duta Bahasa:
Fir Rahman, Hans Hamid
 
Identiti Kreatif:

 
Bulan Bahasa 2022 telah berlangsung dari 13 Ogos hingga 9 Oktober.
 
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa telah disiarkan di saluran Suria pada 3 September 2022, 8.30 malam. 
 
Tahun ini, 353 pelajar dilantik sebagai Rakan Bahasa.

 

 

2023

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa:
Puan Rahayu Mahzam
 
Tema:
Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.
 
Duta Bahasa:
Ustaz Nuzhan Halim, Afi Hanafi, Nursha Ismail, Syafiqah 'Adha
 
Identiti Kreatif:

 
Bulan Bahasa 2023 telah berlangsung dari 13 Ogos hingga 9 Oktober.
 
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa telah disiarkan di saluran Suria pada 2 September 2023, 8.30 malam. 
 
Tahun ini, 368 pelajar dilantik sebagai Rakan Bahasa.