Identiti Kreatif Bulan Bahasa 2022
Bulan Bahasa pertama kali dilancarkan pada tahun 1988 oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna bahasa Melayu ialah pewaris bahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu dilestarikan menerusi penggunaan yang berterusan.
Sejak 2011, Bulan Bahasa telah menjadi acara tahunan. Pelbagai kegiatan Bulan Bahasa telah dianjurkan untuk menggalakkan dan memberikan keyakinan dalam penguasaan bahasa Melayu.
Rujuk di sini untuk mendengar lagu Bulan Bahasa, Bahasa Menjunjung Budaya versi 2018. Rujuk di sini untuk mendengar lagu versi 2021 dan di sini untuk memuat turun lagu ini.
Tahun ini, Bulan Bahasa akan berlangsung dari 13 Ogos hingga 9 Oktober 2023. Terdapat pelbagai program yang akan disajikan buat anda sekeluarga! Harap maklum bahawa program-program berikut tertakluk pada perubahan. Maklumat lanjut boleh didapati di Instagram kami @bulanbahasa.
Program Bulan Bahasa 2023
Terima kasih kepada semua yang menghadiri Sesi Taklimat Rakan Kerjasama 2023. Bulan Bahasa 2023 akan diadakan dari 13 Ogos hingga 9 Oktober 2023.



'Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.'
Tema Bulan Bahasa, ‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.’ menggambarkan langkah kita mengharungi era baharu; berkembang daripada tema ‘Ilmu. Budaya. Mesra.’ sebelum ini.
‘Cita’ menggambarkan keinginan, hasrat dan harapan masyarakat dalam usaha untuk mengekalkan penggunaan bahasa Melayu. ‘Citra’ memaparkan kepelbagaian dan kesesuaian bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perantaraan. ‘Cinta’ pula menunjukkan minat dan sayang akan nilai dan seninya bahasa Melayu yang indah.
Saksikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2022 di meWATCH sini. Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2022 telah disiarkan pada 3 September 2022, 8:30 malam, di Mediacorp Suria. Berkisarkan tema 'Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.', majlis itu telah menyerlahkan kekayaan bahasa dan budaya Melayu dengan penampilan Rakan Kerjasama, Rakan Bahasa dan Duta Bahasa Fir Rahman dan Hans Hamid.

Bulan Bahasa 2022

Bulan Bahasa 2021

Bulan Bahasa 2020

Bulan Bahasa 2019
Bulan Bahasa 2018

Bulan Bahasa 2017

Bulan Bahasa 2016

Bulan Bahasa 2015

Bulan Bahasa 2015