Majlis Penuh Anugerah Persuratan 2020/2021
Anugerah Persuratan merupakan usaha dwitahunan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) sejak 1993, demi mengiktiraf para penulis yang bergiat dalam seni persuratan. Selain pengiktirafan, Anugerah ini juga meningkatkan dan memupuk perkembangan penulisan dalam kalangan penulis Bahasa Melayu, menggalakkan penerbitan karya yang bermutu dan memasyarakatkan bidang persuratan.
Senarai penerima Anugerah Persuratan bagi tahun 2007-2021 boleh didapati di sini.

Penerima Anugerah Persuratan 2020/2021 bersama ahli MBMS Dr Azhar Ibrahim, Tetamu Kehormat Menteri Edwin Tong, dan Pengerusi MBMS Profesor Faishal Ibrahim.
Anugerah Persuratan 2020/2021 dianjurkan pada 10 April 2021, di River Room, Muzium Tamadun Asia (ACM). Lima penulis tempatan diberi pengiktirafan atas sumbangan mereka dalam dunia persuratan Singapura. Acara ini telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.

Tetamu Kehormat Menteri Edwin Tong memberikan ucapan pada Majlis Anugerah Persuratan 2020/2021.

Penerima Anugerah Tun Seri Lanang, Encik Hamed Ismail.
PENERIMA ANUGERAH TUN SERI LANANG
Hamed Ismail
PENERIMA ANUMERTA TUN SERI LANANG
Zaidy Nandir
PENERIMA HADIAH PERSURATAN
Jamal Ismail (Novel dan Cerpen)
Farihan Bahron (Sajak)
Rilla Melati (Sastera Kanak-Kanak)

Para penerima Anugerah Persuratan 2020/2021
Setinggi-tinggi perhargaan daripada pihak MBMS kepada Majlis Buku Singapura (SBC), Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan Lembaga Warisan Negara (NHB), atas sokongan mereka dalam menjayakan Anugerah Persuratan 2020/2021.
Majalah Anugerah Persuratan boleh dimuat turun di
sini.
*
Atas bimbingan MCCY dan ACM, acara ini tertakluk kepada langkah pengurusan selamat negara

Dalam gambar: Pemerima Anugerah Tun Seri Lanang, Puan Rasiah Halil (kiri) dan Anugerah Harapan 2017, Encik Farihan Bahron ketika di majlis Anugerah Persuratan 2017. (Picture source: Berita Harian)
Objektif Anugerah Persuratan
Anugerah Persuratan dilaksanakan dengan objektif berikut:
- Memberikan pengiktirafan kepada para penulis yang telah menghasilkan karya yang bermutu dan bernilai;
- Meningkatkan dan memupuk perkembangan penulisan dalam kalangan penulis berbahasa Melayu;
- Menggalakkan penerbitan karya yang bermutu; dan
- Memasyarakatkan bidang persuratan.
Anugerah yang diberikan untuk Anugerah Persuratan
I. Anugerah Tun Seri Lanang*
Anugerah Tun Seri Lanang diperuntukkan kepada seorang tokoh persuratan yang memiliki nilai unggul sebagai:
- Tokoh seni yang ulung di mata masyarakat berbilang bangsa dan budaya Singapura;
- Tokoh antarabangsa melalui pengiktirafan karya besar mereka;
- Pejuang seni dalam erti kata menggunakan sebahagian besar usia dan kehidupan mereka untuk menyubur dan menyemarakkan bidang yang dihayati; atau
- Penyumbang dan pemaju pemikiran masyarakat dalam konteks pembangunan melalui karya mereka (dalam bentuk kreatif atau bukan kreatif); dan
- Tokoh teladan yang menimba ilmu sepanjang hayat yang terus berusaha meningkatkan ilmu dalam bidang persuratan.
Hadiah berjumlah $5,000 akan diberikan kepada penerima Anugerah Tun Seri Lanang.
II. Anumerta Tun Seri Lanang*
Anumerta Tun Seri Lanang diberikan kepada tokoh persuratan yang telah meninggal dunia. Kriteria pemilihan tokoh sama seperti Anugerah Tun Seri Lanang.
Hadiah berjumlah $2,000 diberikan kepada keluarga tokoh.
III. Anugerah Harapan
Anugerah Harapan diberikan kepada penulis di bawah usia 40 tahun yang menampakkan potensi dalam bidang persuratan sama ada:
- Menjadi teraju utama kepada usaha-usaha menggerakkan bidang persuratan; baik cerpen, sajak, novel, drama, karya bukan sastera dan sebagainya;
- Menggunakan masa untuk berkongsi ilmu dan kemahirannya dalam bidang persuratan kepada golongan muda atau pelajar; dan
- Menghasilkan karya yang memberikan isi dan nilai tambah dalam penulisan kreatif dan bukan kreatif sama ada dalam bentuk media bercetak atau elektronik untuk memajukan pemikiran masyarakat.
Penerima Anugerah Harapan akan menerima $3,000.
IV. Hadiah Persuratan
Hadiah sastera diberikan kepada penulis dalam pelbagai genre seperti novel, cerpen dan puisi sebagai pengiktirafan atas keunggulan sastera mereka untuk karya mereka.