Pertandingan-pertandingan Mastera

Hadiah Terjemahan Mastera

Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) akan menganjurkan Hadiah Terjemahan Mastera tahun ini. Peraduan penterjemahan ini merupakan usaha untuk mengetengahkan dan mengiktiraf karya-karya terjemahan, serta menggalakkan kegiatan penterjemahan sastera Melayu/Indonesia ke Bahasa Inggeris. Peraduan ini dibuka kepada warganegara Singapura.

 

Matlamat peraduan ini adalah untuk mengembangkan karya-karya dalam bahasa Melayu/Indonesia ke peringkat antarabangsa, dan sekali gus memberikan peluang kepada para sasterawan untuk memajukan bakat, penterjemahan, pengadaptasian, penerbitan, dan pengiktirafan terhadap pencapaian mutu ciptaan sastera. Hadiah Terjemahan Mastera juga bertujuan untuk mengenal pasti dan membangunkan bakat dalam bidang penterjemahan karya-karya sastera Melayu pada peringkat Asia Tenggara.

 

Hadiah akan diberikan kepada karya yang diterjemahkan daripada karya asal (bahasa Melayu/Bahasa Indonesia) ke bahasa Inggeris. Yang berikut ialah genre yang diterima oleh Mastera Singapura (bergantung pada tahun penilaian):

 

Kategori Genre

Kriteria penyertaan

Puisi

Setiap penyertaan mesti mengandungi terjemahan lima buah sajak yang telah ditetapkan.

Cerpen

Setiap penyertaan mesti mengandungi terjemahan satu cerpen (tidak melebihi 5000 patah perkataan) yang telah ditetapkan.

 

Bagi tahun 2025, Mastera Singapura akan menerima terjemahan dalam genre cerpen.

 

Mereka yang berminat untuk menyertai sayembara tahun ini perlulah menterjemah satu daripada dua cerpen yang terpilih dari Singapura:

 

Tajuk

Penulis

Keretapi

(dari Kumpulan Cerpen Kereta Api & Identiti Bangsaku)

Maarof Salleh

Koperal 228

(dari GOD(A): Kumpulan Cerpen)

Jamal Ismail

 

Para penulis yang ingin menghantar karya-karya terjemahan mereka untuk dinilai bagi Hadiah Terjemahan Mastera boleh menghantar karya mereka selewat-lewatnya pada 30 Jun 2025 (Isnin), 5 petang. Syarat-syarat penyertaan untuk sayembara ini terdapat dalam Lampiran A.

Borang Penyertaan boleh dimuat turun di sini