Rakan Bahasa

Sempena sambutan tahunan Bulan Bahasa, para pelajar dilantik sebagai Rakan Bahasa oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) demi mendorong mereka yang cinta akan bahasa dan budaya Melayu untuk memupuk rasa cinta yang sama dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan mereka. Peranan mereka adalah untuk berkongsi keindahan bahasa Melayu dan melestarikan bahasa kita.

Sepanjang tahun, setiap Rakan Bahasa akan diberikan peluang untuk menyertai pelbagai acara dan program yang akan mengasah kebolehan dan kemahiran mereka. Program-program ini termasuklah Kad Aktiviti Kembara Rakan Bahasa, Pertandingan TeeVers, Penterjemah Pintar, dan lain-lain lagi.

MBMS dan ahli Jawatankuasa Bulan Bahasa akan terus berusaha untuk membina keyakinan dan kemampuan bertutur dalam bahasa Melayu bagi semua Rakan Bahasa.

 

Lencana & Visi Rakan Bahasa


BUDAYA DIWARISI,
BAHASA DILESTARI,
IDENTITI SEJATI

Setiap Rakan Bahasa digalak untuk mencerminkan identiti Melayu mereka melalui penghayatan budaya dan penggunaan bahasa Melayu.

Kriteria:

  • Bersemangat terhadap bahasa dan budaya Melayu
  • Boleh menjadi teladan kepada rakan-rakan
  • Dapat memperkaya kehidupan orang lain melalui ekspresi kreatif dan penggunaan bahasa Melayu

 

Pencalonan Rakan Bahasa 2024

Untuk mencalonkan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan Maktab Rendah, sila ke laman ini.

Untuk mencalonkan pelajar ITE, politeknik dan siswa universiti, sila ke laman ini.

 

Inisiatif Rakan Bahasa

Majlis Pelantikan Rakan Bahasa

Majlis Pelantikan Rakan Bahasa merupakan permulaan kalendar tahunan Rakan Bahasa.

Setiap Rakan Bahasa akan diberikan sijil pelantikan dan perlu mendaftar untuk menyertai program-program yang bakal dianjurkan pada tahun itu. Program-program seperti Pertandingan Teevers, Penterjemah Pintar dan Kembara Rakan Bahasa akan diumumkan semasa majlis tersebut.

Rakan Bahasa yang dilantik juga berpeluang untuk menerima bimbingan daripada Duta-duta Bahasa dalam sesi khas.

Pada tahun 2021 dan 2022, Majlis Pelantikan Rakan Bahasa telah dianjurkan secara maya. 

Pada tahun 2023, Rakan Bahasa berkumpul untuk sebuah Sesi Rangkaian dan Latihan pada 4 Mei 2023.

 

Sesi Rangkaian dan Latihan Rakan Bahasa 2023

Sesi Rangkaian dan Latihan Rakan Bahasa 2023

Majlis Pelantikan Rakan Bahasa 2022

 

Majlis Pelantikan Rakan Bahasa 2021


 

Kad Aktiviti Kembara Rakan Bahasa

Kad Aktiviti Kembara Rakan Bahasa mengandungi pelbagai misi untuk diselesaikan oleh Rakan Bahasa sepanjang pelantikan mereka. Aktiviti Kembara Rakan Bahasa akan menggalakkan penggunaan dan penghayatan bahasa Melayu melalui aktiviti membaca, menulis dan penterjemahan.

Setiap Rakan Bahasa yang berjaya melengkapkan kesemua aktiviti Kembara Rakan Bahasa akan menerima sijil dan lencana Kembara

 


Sekolah Rendah

 


Sekolah Menengah

 


Institusi Pengajian Tinggi

 


Pertandingan TeeVers

Moo-V yang dihasilkan oleh TeeVers ialah aplikasi yang sesuai digunakan di iPad. Rakan Bahasa boleh menghasilkan video laporan melalui aplikasi ini. Dengan sokongan TeeVers, setiap Rakan Bahasa akan diberikan akaun peribadi aplikasi Moo-V. Mereka boleh menggunakan akaun tesebut untuk menghasilkan video laporan dan berkongsi video tersebut bersama rakan-rakan mereka di sekolah.

Pertandingan TeeVers merupakan sebuah pertandingan video laporan dan kewartawanan. Pada setiap tahun, Rakan Bahasa akan menghasilkan sebuah video laporan berdasarkan tema yang diberikan. Penghasilan video TeeVers akan dinilai berdasarkan kandungan, kreativiti dan penggunaan bahasa Melayu.

Tonton video-video yang berjaya di sini!

Kesemua pemenang telah menerima hadiah pada 4 Mei 2023 di Sesi Rangkaian dan Latihan Rakan Bahasa.

Sekolah Rendah Changkat - Juara Pertandingan TeeVers 2023 bagi Kategori Sekolah Rendah 

 

Sekolah Menengah Deyi - Juara Pertandingan TeeVers 2023 bagi Kategori Sekolah Menengah dan Maktab Rendah

Terima kasih kepada pihak TeeVers dan Lembaga Warisan Negara atas sokongan yang diberikan buat Pertandingan Teevers 2023.

 

Penterjemah Pintar

Penterjemah Pintar ialah sebuah pertandingan penterjemahan yang dianjurkan oleh guru-guru Bahasa Melayu untuk Rakan Bahasa peringkat sekolah rendah. Penterjemah Pintar dianjurkan buat pertama kali pada tahun 2019 dan berlangsung secara maya pada tahun 2020 dan 2022. Pertandingan ini diadakan secara fizikal pada tahun 2023.

 

 

Penterjemah Pintar 2022

 


Penterjemah Pintar 2020

 


Penterjemah Pintar 2019