Bijak Bahasa

  • Penggolongan Kata

    • Sistem untuk menggolongkan sesuatu perkataan berdasarkan kriteria semantik, kriteria sintaksis dan sebagainya.
    • Perkataan Bahasa Melayu biasanya digolongkan kepada Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas.
  • Perkataan

    PERKATAAN ialah unit tatabahasa yang terkecil, dan pembentukannya pula berdasarkan morfem; baik morfem bebas mahupun terikat.

    • kerusi
    • berkerusi
    • berkerusi roda
  • Morfem Bebas

    MORFEM BEBAS ialah perkataan yang boleh berdiri sendiri tanpa diiringi unsur pembentukan kata yang lain seperti pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan.

    • syurga
    • pinggang
    • penting
  • Morfem Terikat

    MORFEM TERIKAT ialah unsur perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri, atau bergantung kepada morfem lain.

    • ber, an, per....an, em
    • pra, semi, dwi, multi, tele
    • bolak, sasap, berai
  • Kata Tunggal

    KATA TUNGGAL ialah perkataan yang terbentuk tanpa menerima sebarang imbuhan, atau unsur lain.

    • bersih
    • terbang
    • kawan
  • Kata Terbitan

    KATA TERBITAN ialah kata yang terbentuk daripada proses pengimbuhan dan unsur lain. Contoh:

    • pengeluaran
    • angkasawan
    • multinasional
    • kubaca
  • Pengimbuhan

    PENGIMBUHAN ialah proses membentuk perkataan dengan menggunakan imbuhan, atau proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Contoh:

    • kejiranan
    • berkelayakan
    • memberdayakan
  • Penggandaan

    PENGGANDAAN ialah proses pembentukan kata yang menggunakan unsur-unsur kata ganda, atau proses menggandakan kata dasar. Contoh:

    • huyung-hayang
    • tolong-menolong
    • kerusi-kerusi
  • Pemajmukan

    PEMAJMUKAN ialah proses merangkaikan dua atau beberapa perkataan bagi membentuk makna tertentu. Contoh:

    • matahari
    • jalan raya
    • terima kasih
    • rumah sakit
  • Kata Nama

    KATA NAMA ialah perkataan yang menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep. Contoh:

    • Bas itu menuju ke Surabaya.
    • Kolam itu terletak di situ.
    • Mahasiswa itu sedang belajar di perpustakaan.
    • Kusman hendak menjadi polis.
  • Kata Nama Tunggal

    KATA NAMA TUNGGAL ialah perkataan yang terdiri daripada morfem bebas dan menjadi inti kepada frasa nama:

    • pas
    • keris
    • samudera
    • ia
    • seterika
    • semboyan
    • jari
    • belantara
    • malaikat
  • Kata Nama Terbitan

    KATA NAMA TERBITAN ialah kata nama yang mengalami pengimbuhan; proses menggandingkan imbuhan kata nama pada kata dasar

    • lautan
    • anutan
    • angkasawan
    • pelaut
    • pelayan
    • prasejarah
    • kelautan
    • pengkritik
    • jurukira
  • Kata Nama Ganda

    KATA NAMA yang mengalami penggandaan bagi membentuk makna-makna tertentu

    • makanan-makanan
    • tajaka-tajaka
    • kempen-kempen
    • pelatih-pelatih
    • cerpen-cerpen
    • pepohon
    • sekolah-sekolah
    • sesiku
  • Kata Nama Majmuk

    KATA NAMA yang mengalami proses perangkaian dua atau beberapa kata bagi membentuk makna-makna tertentu

    • balai rakyat
    • penyanyi veteran
    • tengah malam
    • atur cara
    • rukun solat
    • setiausaha peribadi
    • guru tadika
    • segi empat tepat
  • Kata Nama Am

    KATA NAMA AM ialah kata yang secara umum menyatakan orang, benda, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Sama ada bernyawa atau tidak bernyawa. Contoh:

    • Kereta itu terbabas dan jatuh ke sungai.
    • Pemuda itu memangku kucingnya.
    • Bangunan itu runtuh lantaran ribut.
  • Kata Nama Khas

    KATA NAMA KHAS ialah kata yang secara khusus menyatakan nama orang, benda, haiwan, tempat dan sebagainya. Sama ada bernyawa atau tidak bernyawa.

    • Ahmad masih tinggal di Banglo Sejatinya.
    • Kereta Volvo itu dibeli Doktor Aziz pada hari Selasa lalu.
  • Kata Ganti Nama

    KATA GANTI NAMA ialah kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti. Contoh:

    • Dia menetap di situ.
    • Itu kereta barunya.
    • Mereka bukan anggota kumpulan kita.
  • Kata Ganti Nama Tanya

    KATA GANTI NAMA TANYA ialah perkataan yang merujuk sesuatu benda atau orang dalam bentuk tanya. Contoh:

    • Apakah yang perlu saya bawa sewaktu mendaki Gunung Tahan itu?
    • Nama pemuda itu siapa?
    • Di manakah dia tinggal?
  • Kata Ganti Nama Tunjuk

    KATA GANTI NAMA TUNJUK ialah kata yang menjadi pengganti kata nama dan bermaksud untuk merujuk sesuatu benda atau sesuatu perkara.

    • Ini kereta saya.
    • Rumah datuk Bahaman itu.
    • Di situlah beliau tinggal sepanjang hayatnya.
  • Kata Ganti Nama Orang

    KATA GANTI NAMA ORANG ialah perkataan yang merujuk orang. Contoh:

    • Saya akan pulang ke rumah sempena Lebaran ini.
    • Kami belum membuat keputusan.
    • Beta raja negeri ini.