Sayembara Dramaku, Bahasaku

Date: 21 Sep 2018

Time: 2:30ptg – 5:00ptg

Venue: Sekolah Rendah Canberra

Semaikan peribahasa dan pantun dalam drama! Pertandingan yang dianjurkan Sekolah Rendah Canberra ini akan mengajar para peserta cara-cara baharu untuk menulis karya-karya yang menarik.

Dalam pertandingan ini, peserta harus menggunakan peribahasa dan pantun dalam skrip drama mereka. Dengan menyemaikan peribahasa dalam skrip drama mereka, ia diharapkan dapat membantu memupuk rasa cinta mereka terhadap bahasa Melayu. Selain itu, pertandingan ini bertujuan untuk menanam dan memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian pelajar melalui penggunaan peribahasa.