Juara Si Cilik 2018
Date:
01 Sep 2018
Time:
3:15ptg – 5:00ptg
Venue:
Event Space, Wisma Geylang Serai
Peraduan nyanyian lagu-lagu rakyat ini dibuka kepada pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah. Peraduan ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam bentuk menarik dan kreatif melalui persembahan lagu-lagu rakyat dan meningkatkan kesedaran para pelajar mengenai lagu-lagu rakyat.
Para peserta akan dibenarkan untuk mencipta coretan dan mencipta pakaian tersendiri dalam usaha untuk menghiburkan para hadirin. Para pemenang tahun-tahun sebelumnya akan diundang untuk membuat persembahan khas.