Mengenai Kami

Visi MBMS

Bahasa Melayu Singapura yang Relevan, Dinamik dan Dibanggakan oleh Pengguna, Masyarakat dan Negara.

Misi MBMS
Pemelihara status bahasa Peneraju kegiatan bahasa Pendukung pengembangan bahasa

MBMS sebagai institusi pemikir dan pemelihara bahasa Melayu yang menentukan status, dasar dan arah perkembangan dan pembinaan bahasa Melayu di Singapura dan menjadi pakar rujuk atau penasihat kepada Pemerintah Singapura dalam hal dan urusan bahasa Melayu di kementerian dan badan berkanun.

MBMS sebagai institusi induk atau pusat yang berwibawa menerajui, merancang, menyelaras dan melaksanakan program penyelidikan, pengembangan, peningkatan dan penggalakan bahasa, sastera dan persuratan Melayu yang berkesan di Singapura, alam Melayu dan dunia antarabangsa.

MBMS sebagai pendukung utama yang bertanggungjawab menggalakkan penghasilan, pemupukan dan pengiktirafan golongan elita dan rakan bahasa dan budaya Melayu sebagai ikon masyarakat.

Latar Belakang MBMS

Majlis Bahasa Melayu Singapura pada mulanya ditubuhkan pada bulan April 1981 dengan nama Jawatankuasa Ejaan Melayu oleh Kementerian Kebudayaan Singapura. Jawatankuasa ini bertugas memastikan semua ejaan bahasa Melayu yang digunakan di Singapura ditulis dengan betul menurut kaedah baru ejaan rumi yang diperkenalkan oleh MABBIM dan diguna pakai secara meluas di Malaysia dan Indonesia.

Pada tahun 1983, Jawatankuasa Ejaan tersebut diubah menjadi Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura yang diletakkan di bawah naungan Kementerian Kebudayaan dan sekarang, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY). Dari tugas memantau sistem ejaan bahasa Melayu di Singapura, fungsi Jawatankuasa Bahasa Melayu diperluas kepada mengembangkan dan memajukan bahasa Melayu di Singapura. Memandangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan semakin luas dalam bidang bahasa Melayu, Jawatankuasa tersebut telah dinaikkan statusnya menjadi sebuah Majlis. Dengan itu, pada bulan September 1992, Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS). Antara tugas Majlis MBMS adalah seperti berikut:

  • membakukan sistem ejaan bahasa Melayu di Singapura.
  • membincangkan, memutuskan, dan memilih istilah-istilah yang sesuai serta menyelesaikan masalah berkenaan istilah bahasa Melayu.
  • menangani masalah pencemaran bahasa di Singapura.
  • mengembangkan, mempertingkatkan, dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di Singapura.

Majlis Bahasa Melayu Singapura

Pengerusi

Encik Mohd Fahmi Aliman

Datuk Bandar

Daerah Tenggara

Setiausaha Kehormat

Cik Siti Fazila Ahmad

Pakar Peneraju, Cawangan Bahasa Ibunda, Bahagian Perancangan & Pembangunan Kurikulum 

Kementerian Pendidikan 

Pengerusi Jawatankuasa AGAB

Encik Abdul Harris Sumardi

Naib Presiden

Persatuan Guru Bahasa Melayu

Pengerusi Jawatankuasa Persuratan 

Dr Azhar Ibrahim Alwie

Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu

Universiti Kebangsaan Singapura

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa

Encik Zhulkarnain Abdul Rahim

Duta Bahasa & 

Ahli Parlimen

GRC Chua Chu Kang

Ahli

Cik Aidli Mosbit 

Duta Bahasa & 

Pengurus Kanan, Seni, Pembangunan Pelajar dan Hal Ehwal Alumni

Politeknik Temasek

 

Cik Azizah Zakaria

Pengurus Kanan, Pejabat Perhubungan Antarabangsa

Politeknik Republik

 

Encik Daud Yusof

Duta Bahasa & 

Editor Kanan, Berita Mediacorp

Mediacorp Pte Ltd

 

Puan Elna Hussin

Guru Bahasa Melayu

Sekolah Rendah Westwood

 

Puan Hanim Mohd Saleh

Pembantu Editor, Berita Harian / Berita Minggu

Singapore Press Holdings

 

Cik Mazlena Mazlan 

Pengarah (Pendampingan Masyarakat), Divisyen Media

Kementerian Perhubungan dan Penerangan

 

Prof Madya Dr Mukhlis bin Abu Bakar

Ketua (Bahasa Melayu),Kumpulan Akademik Bahasa dan Kebudayaan Asia

Institut Pendidikan Nasional

 

Allahyarham Encik Mohd Asri Sunawan (Riz)

Duta Bahasa & 

Karyawan Media dan Komunikasi

 

Mr Muhammad Shahril Samri

Guru Pra-sekolah

PCF Sparkletots

 

Cik Nabillah Jalal 

Duta Bahasa & 

Pemilik, NJ Studio

 

Dr Noramin Farid

Duta Bahasa &

Pensyarah NAFA & Aktivis Seni

 

Dr Noridah Kamari

Pemilik bersama / Penerbit, Unggun Creative 

 

Puan Norshima Abdul Aziz

Pengarah, Pembangunan Organisasi dan Perkongsian

 

Encik Muhammad Harmizan Abdul Hamid

Anggota Persatuan Rakyat MESRA

 

Puan Zubaidah Mohsen

Timbalan Pengarah / Pustakawan Utama (Bahasa Melayu), Perancangan & Pembangunan Kandungan

Lembaga Perpustakaan Negara

Lembaga Penasihat

Pengerusi Encik Yatiman Yusof
Ahli

Profesor Madya Emeritus Dr Hadijah Rahmat

Encik Hawazi Daipi

Profesor Madya Dr Kamsiah Abdullah

Dr Shaharuddin Maarof

Encik Sidek Sanif

Encik Wan Hussin Zoohri