Peraduan Bercakap Petah: Da'i Junior (Peringkat Saringan)

Date: 29 Sep 2018

Time: 2:00ptg – 6:00ptg

Venue: Masjid Assyafaah

Peraduan Bercakap Petah: Da’i Junior merupakan sebuah pertandingan yang bertujuan untuk menonjolkan keberkesanan penggunaan bahasa Melayu dalam berpidato. Penyertaan dibuka kepada golongan remaja dan belia, dan format peraduan terbahagi kepada dua kategori, Kategori A (17-18 tahun) dan Kategori B (14-16 tahun).

Sebelum peraduan ini bermula, para peserta akan menghadiri sebuah bengkel yang akan mempersiapkan mereka dengan kemahiran penyampaian dan berpidato serta mengasah penggunaan bahasa Melayu dalam penyampaian mereka. Hanya empat peserta daripada setiap kategori akan mara ke peringkat akhir, dan pemenang akan digelar Imam Muda/Da'i Junior.