Cintai Bahasa dan Budaya

Date: 13 Okt 2018

Time: 9:00pg – 12:00tgh

Venue: Kelab Masyarakat Hillview

Acara ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar-pelajar prasekolah dan ibu bapa mereka. Acara ini juga berharap untuk meningkatkan penghargaan masyarakat terhadap budaya Melayu melalui persembahan budaya dan tarian serta pameran makanan dan pakaian tradisional Melayu. Kegiatan-kegiatan ini juga akan memperkenalkan bahasa dan budaya Melayu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.  Ia berharap dapat memperluaskan pandangan masyarakat yang hidup dalam sebuah negara majmuk mengenai kayanya bahasa dan budaya Melayu. Selain itu, sesi bercerita juga akan dikendalikan oleh pegawai Lembaga Perpustakaan Negara.