Bulan Bahasa - Membudayakan Bahasa

Date: 04 Okt 2019

Time: 10.00pg - 1.00tgh

Venue: Dewan Serbaguna, Kelab Masyarakat Bukit Panjang

Dalam acara ini, pelajar-pelajar prasekolah akan menampilkan pelbagai persembahan termasuk tarian, nyanyian, bacaan puisi dan lakonan. Persembahan-persembahan ini bertujuan untuk mempamerkan kebolehan mereka dalam menggunakan bahasa Melayu. Para pengunjung juga boleh menambah ilmu pengetahuan mereka tentang budaya Melayu dengan menyertai aktiviti-aktiviti di reruai kegiatan, seperti melukis batik dan memakai sarong.