Celik Cilik - Aktiviti Kraftangan & Permainan Melayu
Date:
03 Sep 2016
Time:
11.00pg hingga 6.00ptg
Venue:
Platform, Muzium Negara Singapura
CELIK CILIK AKTIVITI KRAFTANGAN & PERMAINAN MELAYU
Kelab Celik Cilik dari Sekolah Rendah Yumin akan mengetengahkan tema perintis sempena Bulan Bahasa 2016. Kelab ini merangkumi murid-murid yang berbakat daripada pelbagai rangkaian umur. Kami terharu dapat menyertai pesta ini sekali lagi.
Kelab Celik Cilik teruja untuk menyemarakkan lagi suasana Bulan Bahasa 2016.
Aktiviti-aktiviti terlibat akan dikaitkan dengan perintis-perintis Singapura yang telah mengusahakan kemajuan Singapura dengan secara tidak langsung. Lebih menyeronokkan lagi, tempat Bulan Bahasa 2016 ini diadakan di Muzium.
Nilai-nilai budaya diterapkan dalam kegiatan-kegiatan seperti puisi, kraf tangan, mengenalkan tradisi orang melayu dan mengetengahkan cerita-cerita rakyat. Aktiviti-aktiviti akan dijalankan secara berterusan di ruang pameran yang disediakan. Pengunjung dapat membawa pulang cenderamata apabila mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Bahasa merupakan cerminan masyarakat orang Melayu. Pengunjung juga dapat belajar sambil berhibur.
SEKOLAH RENDAH YUMIN
Kelab Celik Cilik diilhamkan setelah menyedari bakat terpendam sekumpulan pelajar-pelajar yang mengambil bahasa Melayu. Bakat semula jadi para pelajar ini menonjol semasa penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti berbahasa Melayu yang dijalankan di sekolah. Bakat yang semakin terserlah ini harus digilap, maka tertubuhlah Kelab Celik Cilik pada tahun 2013. Pelajar-pelajar dari darjah satu hingga enam yang dikenal pasti akan dilatih dalam bahagian vokal dan lakonan. Pelajar-pelajar ini telah mengambil bahagian dalam peraduan bercerita antara sekolah dan pernah mendapat penghargaan dan meraih kemenangan. Selain daripada meningkatkan keyakinan pelajar dan mutu penggunaan bahasa Melayu, pelajar-pelajar juga mendapat pendedahan pada khazanah Melayu, sastera dan sejarahnya. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar kami merupakan duta bahasa Melayu di Sekolah Rendah Yumin.