Semarak Budaya @ Toa Payoh

Date: 11 Okt 2020

Time: 12.00tgh - 2.00ptg

Venue: Facebook Live

Pelbagai aktiviti yang dapat memenuhi semua peringkat umur akan dijalankan pada program ini yang akan disiarkan secara langsung di Facebook Live. Aktiviti-aktiviti itu termasuk pertandingan puisi, persembahan dikir barat, persembahan kompang dan juga beberapa permainan untuk menarik minat para penonton. Matlamat program ini adalah untuk mempromosikan penggunaan bahasa Melayu dan memberikan kesedaran kepada para penonton terhadap warisan budaya Melayu.

 

URL Laman Facebook Penganjur: fb.com/tpsccmaec